Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak

Assalamualaikum

Yeahh..!!..Sepah menang dan menjadi JUARA MAHARAJA LAWAK yang sulung.Congrats to them.Sepah memang terbaik.Tak sia-sia aku sokong Sepah dari awal sampai sekarang.Aku dah agak,Sepah pasti jadi juara sebab lawak diorang memang konsisten setiap minggu.Kalau Jozan pulak kadang-kadang lawak,kadang-kadang tak jugak.Persembahan Jozan semalam memang agak "kureng" kalau nak dibandingkan dengan Sepah.Lawak diorang tak menjadi dan tak berapa dapat sambutan dari penonton dan juri-juri.Apa-apa pun congrats jugak to Jozan dapat num 2,kira oklah tu dapat 250 ribu.Bagi 2 dapat 125 ribu seorang.Fuhh..!!..Kaya wei..Kalau aku dah bersyukur.Oh ya,tak lupa jugak nabil dan jambu dapat num 3 dan num 4.Congrats alls.


Juara Maharaja Lawak

p/s : Walaupun nabil tempat ketiga tapi dia paling kaya...:)
       Hanya gelaran Juara yang membezakan.

Bubye
Salam
See You Soon

Thanx sudi baca entry kali nie... :)

  Salam Sayang,


Suka..? Like Jer!

Friday, June 24, 2011

Saya Sayang Cikgu Saya..!!!

Assalamualaikum

Hye blogger-blogger sekalian,seperti biasa aku mesti akan tanya khabar korang dulu.Korang sihat tak..?
Maklumlah,aku kan nak jadi seorang blogger yang prihatin dan ambil berat pasal korang.Mesti korang terharu kan..?..cehhh...takdelah,aku buat semua nie supaya korang sayang kat aku selalu...~Love Forever~

Kalau korang nak tahu,tadi kat sekolah,kitorang sambut hari guru yang ke-40.Sepatutnya hari guru disambut pada 16 Mei right...?Sekolah kami sambut lambat sikit sebab tak ada masa..hehe.Hari nie memang penat sangat,tapi bukan penat sebab apa,penat sebab duduk sambil menunggu acara habis.Setelah bertungkus lumus menunggu,akhirnya habis jugak..:)

Sambutan hari guru tadi takdelah secara besar-besaran...kami sekadar bersederhana.Sudah memadai jikalau cikgu-cikgu yang mendidik kami berasa dihargai dan disayangi serta menganggap bahawa mereka memang sangat-sangat diperlukan."SAYA SAYANG CIKGU SAYA"

Oklah,sempena sambutan hari guru yang telah berlangsung tadi,saya nak kongsikan beberapa cerita lucu tentang cikgu dan anak murid.Ceciter...Enjoy it...!


Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.


Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?


Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah,macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu.

Cikgu: Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!


Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.


Cikgu: Ya.. Allah, batu nisan Mat...

MamatHa….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: 
Patutlah.


_________________________________________________________________

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula." 

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.


"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.


Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.



"Apakah champagne?" ia bertanya.


"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.


Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

Hahaha..lawak tak...?...cerita nie hanyalah sebagai penghibur dan tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana guru... :)
Sampai sini je lah entry kita untuk hari nie,lain hari kita jumpa lagi..!!..Semoga hari anda ceria selalu.



Bubye
Salam
See You Soon

Thanxs sudi baca entry kali nie... :)

   Salam Sayang,


Suka..? Like Jer!

Thursday, June 23, 2011

6 Perkara Yang Korang Buat

Assalamualaikum

Hye uollss....what's up..?..harap korang dalam keadaan sihat walafiat untuk baca entry blog aku pada hari nie.Korang tengok tak tajuk entry kita '6 Perkara'. Mesti perkataan tu tengah bermain-main dalam kepala otak korang kan...hehehe.3 perkara tu apa sebenarnya...?...tips nak mengatasi masalah cinta ker...?..takdelah..orang macam saya nie manalah pandai nak bercinta-cintun macam budak-budak remaja zaman sekarang nie.

Oklah,saya malas dah nak main rahsia-rahsia nie..sebenar perkara yang saya maksudkan adalah 6 perkara yang selalu korang buat apabila menggunakan blog.Saya nak share sikit artikel yang saya terjumpa. Korang rasa blog korang cantik, entri yang korang buat pon best. Tapi..Korang ada fikir tak, ade ke orang nak baca?

 6 kesalahan ini perlu dielakkan semasa korang berblog. Tak kisahlah nak baca atau tidak. Saya cume share. Maybe dari sini korang boleh menaikkan trafik korang

1. Tak hiraukan ape yang blogger lain minat 
     baca
    - Adalah penting untuk korang tau taste pembaca korang. 
      Apa yang diorang minat nak baca, apa yang diorang nak 
      tahu. Korang boleh tanya pendapat diorang. Berbincang 
      di facebook atau twitter ke, update status, dsb.



2. Tak Open dan Kreatif
     - Semasa buat entri penyampaian itu perlulah kreatif. Buat 
       komik ke. Janji message tu sampai kepada 
       pembaca tak kisahlah kalau walaupun simple. 



3. Tak promote
     - Bila korang dah buat entri, korang tak promote pulak. 
       Macam mane orang nak tau kan? Promote la kat FB ke, 
       Twitter ke, kan?

4. Jarang update entri 
     - Perlu sentiasa update entri. 10 entri sehari pon takpe. 
        Bila blogger lain tengok kat dashboard, sesetengah 
        blogger 2,3 hari tak update entri. So, cuber cerita
        kenapa harus mereka melawat blog anda tanpa cerita

        yang baru?

5. Publish Entri Tanpa Membaca 
     - Kadang-kadang saya tertekan publish tanpa sempat membaca 
       dan edit, tapi cepat-cepat saya buatkan draft balik. Try 
       check dulu ayat yang korang dah tulis, ok ke tak untuk 
       mengelakkan bad impressions kepada pembaca.



6. Jangan Copy Content
     - Ini adalah sangat sangat sangat tidak digemari oleh 
        sesiapa. Jangan copy bulat-bulat entri blogger lain. Kalau 
        nak, mintak izin atau backlink kan url mereka. (Tapi kadang-kadang 
            blogger lain dah buat entri yang kita nak buat tapi kita tak tau. Macam mana? Dimaafkan tak?)
 

*Harap info nie berguna untuk kita semua dan dapat memperbaiki diri kita pada masa-masa lain.

Kalau ada masa,nanti saya akan buat entry yang seterusnya.

Bubye
Salam
See You Soon

Thanxs sudi baca entry kali nie..:)

   Salam Sayang,


Suka..? Like Jer!

Tuesday, June 21, 2011

Lawak Story

Assalamualaikum

Hye uollss...bertemu lagi kita dalam segmenn " Manisnya Kurma Ini " ... hehehe. Ini lah akibatnya terlalu meminati SEPAH..Haah...korang kenal tak sepah nie siapa..?..mesti korang kenal kan...kalau korang tak kenal,nie mesti kes tak layan tv show.. :) ... tahniah buat sepah sebab berjaya masuk ke final. I love them very much.Harap mereka buat yang terbaik punya waktu final nanti.Kita sama-sama doakan yer..*Amin


*Dari kiri ; Damak,Syuib,Mamat


Oklah,sebenarnya entry kita kali nie bukan lah nak cerita tentang Maharaja Lawak.Tapi,saya nak cerita tentang satu cerita yang lawak,yang akan membuatkan korang ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia...hahaha.Saya saja jer buat muqaddimah pasal maharaja lawak tu.Supaya korang semangat nak baca.Maklumlah korang nie kan kalau pasal hal lawak-lawak,tak boleh nak ketinggalan.

Cerita yang saya maksudkan tadi adalah tentang seorang lelaki tua dan seorang doktor.Enjoy it..!!

Cerita Pertama

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.


"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"
"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."



Lawak tak..?...kah..kah...kah...gelak lah..kesian kat pakcik tua nie kan,tak pasal-pasal kena oleh doktor tu.


Cerita Ke-2

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.


Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”


Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

Hahahaha...apa punya suami lah macam nie kan.Kalau lah lelaki nie suami aku.Conform aku minta cerai on the spot...!!!..kekeke

  Sampai sini  jer lah entry kita untuk kali ni yer..harap korang semua suka dan terhibur hendaknya.Kalau nak  cerita lawak lagi,nanti cik ena kongsikan kalau ada masa yer.

Bubye
Salam
See You Soon

Thanx sudi baca entry kali ni..:)

    Salam Sayang,





Suka..? Like Jer!

Sunday, June 19, 2011

Blog Baru

Assalamualaikum

Hye uollssss...apa khabar..? Harap korang baik-baik lah hendaknya.Kalau ada yang tengah sakit,tak kira lah demam cinta ker,selesema atau pening-pening.Semoga Cepat Sembuh...:)

Untuk pengetahuan korang (untuk yang ingin tahu), nie adalah blog baru aku yang mana merangkap sebagai blog ketiga aku...hehehe.Wah..!! mesti korang fikir aku nie tamakkan...? tak de lah,sebenarnya kesemua blog aku yang sebelum ini telah pun di HAPUSKAN. Kejamnya..!! Nie semua disebabkan terdapat banyak masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.Jadinya,untuk memudahkan kerja aku,dengan rela hati aku menekan button DELETE..hihihi. Ini lah simptom-simptom orang pemalas,nak ambil jalan mudah jer.Korang semua jangan tiru macam aku tau..!! Jadilah seorang blogger yang bertanggungjawab k.!

Dalam entry nie,aku tak nak lah berceloteh banyak sangat,takut korang muak baca panjang-panjang.Aku tak sampai hati tengok korang termuntah-muntah disebabkan baca entry aku nie..kekeke.Siapa yang susah..? korang jugak yang susah nanti.Tak pasal-pasal korang saman aku.Aku nak korek duit kat mana..? Aku nie tak lah kaya sangat.Yang sedang-sedang saja..:)

Alahai,apa yang aku merapuh panjang lebar nie,kata tak nak tulis panjang lebar,tapi apa boleh buat,dah tertulis pulak.Jadi,apa-apa pun blogger-blogger yang aku sayangi sekalian.Jangan segan-segan nak baca entry aku yang akan datang.

Bubye
Salam
See You Soon

                                                                       Thanx sudi baca entry kali nie..;) 


   Salam Sayang,


Suka..? Like Jer!

Copyright@ *Segala post-post yang tercatat di atas adalah hak milik Cik Ena*