Friday, June 24, 2011

Saya Sayang Cikgu Saya..!!!

Assalamualaikum

Hye blogger-blogger sekalian,seperti biasa aku mesti akan tanya khabar korang dulu.Korang sihat tak..?
Maklumlah,aku kan nak jadi seorang blogger yang prihatin dan ambil berat pasal korang.Mesti korang terharu kan..?..cehhh...takdelah,aku buat semua nie supaya korang sayang kat aku selalu...~Love Forever~

Kalau korang nak tahu,tadi kat sekolah,kitorang sambut hari guru yang ke-40.Sepatutnya hari guru disambut pada 16 Mei right...?Sekolah kami sambut lambat sikit sebab tak ada masa..hehe.Hari nie memang penat sangat,tapi bukan penat sebab apa,penat sebab duduk sambil menunggu acara habis.Setelah bertungkus lumus menunggu,akhirnya habis jugak..:)

Sambutan hari guru tadi takdelah secara besar-besaran...kami sekadar bersederhana.Sudah memadai jikalau cikgu-cikgu yang mendidik kami berasa dihargai dan disayangi serta menganggap bahawa mereka memang sangat-sangat diperlukan."SAYA SAYANG CIKGU SAYA"

Oklah,sempena sambutan hari guru yang telah berlangsung tadi,saya nak kongsikan beberapa cerita lucu tentang cikgu dan anak murid.Ceciter...Enjoy it...!


Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.


Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?


Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah,macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu.

Cikgu: Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!


Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.


Cikgu: Ya.. Allah, batu nisan Mat...

MamatHa….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: 
Patutlah.


_________________________________________________________________

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula." 

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.


"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.


Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.



"Apakah champagne?" ia bertanya.


"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.


Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

Hahaha..lawak tak...?...cerita nie hanyalah sebagai penghibur dan tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana guru... :)
Sampai sini je lah entry kita untuk hari nie,lain hari kita jumpa lagi..!!..Semoga hari anda ceria selalu.



Bubye
Salam
See You Soon

Thanxs sudi baca entry kali nie... :)

   Salam Sayang,


Suka..? Like Jer!

3 comments:

tampumargana said...

kalo ayahnya penjinak cobra??

Ena Jailani said...

haha...dia bagi cobra tu kot...(gud question)

ika said...

hhaha..
ok la..lwak..bole wat aq trsimpol gelak2 sopan time bce entry kmu nih..hehehe
ok...da jenguk kmu..jenguk2 la sy plak yea..:)

Post a Comment

Copyright@ *Segala post-post yang tercatat di atas adalah hak milik Cik Ena*